Testimoni bahawa anak melayu makin lagha

koleksi lagu rock

Tuesday, February 17, 2009

Umrah dan ziarah trip


Buat kali ke2 ni maka dapat laa aku merasa jugak untuk menunaikan umrah . Buat kali ini yg lebih istimewanya aku dapat jugak join kumpulan ziarah yg dianjurkan oleh Hj Ghazz. Credit to Hj Ghazz kerana menjayakan trip kali ni.
Seperti biasa aku bertolak dari Yanbu terus ke Juhfah untuk bermiqat di sana. Juhfah tu dalam kawasan rabigh, mingkin Desai kenal kat mana Juhfah tu. Yanbu ke Juhfah memakan masa dalam 1 jam stengah je( refer to map kat atas). Sampai di sana dapun masuk waktu maghrib, terus makan dan solat dan bersiap dgn ihram . Dalam kol 9 terus ke kota Mekah untuk menunaikan umrah . Perjalanan kali ni berjalan lancar kerana kami bertolak dgn 5 buah kenderaan . Hj Ghazz , Zuraili , Uncle Halim , Zack dan satu lg aku lupa nama.
Selesai menunaikan umrah dalam kol 11 mlm terus cari hotel, dapat hotel yg paling dekat jugak laa , dalam 6 minit jalan kaki ke Kota suci , tu dah kira dekat laa bg aku dan yg paling penting murah dan selesa . Aku seperti biasa share 1 blk ngan Nizam .










Ni laa salah satu gambar yg dapat di snap oleh aku sewaktu menunaikan trip ziarah kali ni . Huhuhuhu .... Tgh layan tu . Isap pun curi2 jer. Masa tu kat Jabal Rahmah tempat di mana Nabi Adam bertemu dengan Hawa. Sesetengah org aku tgk mintak doa supaya dapat bertamu jodoh kat sana... wallhualam. Aku nak wat ape haa???
Gambar lain tak dpt lg d posting sbb HP aku hang .... macam aku gak huhuhuhu..... Nanti laaa.